Wednesday, 1 February 2012

Bayan Maulana Muhammad Yusuf


Ketahuilah bahawa ada satu usaha yang telah dijalankan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda RA dengan tertib yang khas. Apa yang kita kehendaki ialah kita semua perlu mempelajari usaha tersebut. Alhamdulillah, kini saudara-saudara kita di tempat masing-masing sedang mempelajari usaha tersebut sedikit demi sedikit mengikut beberapa peringkat. Tetapi tiada satu pun peringkat-peringkat tersebut yang telah sampai ke tahap yang akhir, bahkan ada di antara peringkat-peringkat ini yang masih dalam tahap permulaan. Hari ini jika setiap individu pada setiap tempat (daerah) yang menjalankan usaha ini menyangka usaha sendiri sebagai usaha yang asal (yakni usaha Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda) maka tidak ada seorang pun yang akan sampai ke tahap itu. Kini siapa sahaja yang menjalankan usaha ini hendaklah kita faham bahawa usaha kita adalah di dalam peringkat permulaan dan hendaklah kita melanjutkan usaha ini hingga ke peringkat akhir sebagaimana yang telah diusahakan oleh baginda Rasulullah SAW.
Sekiranya kita memahami usaha yang asal tersebut dan kita membandingkan dengan usaha yang telah kita lakukan, maka ia adalah sedikit sekali. Oleh itu kita kenalah berusaha untuk memahami usaha yang asal ini dan berniat untuk melanjutkan usaha kita hingga ke peringkat akhir. Jadi pertama sekali, hendaklah kita ketahui, apakah faedah usaha ini. Yang keduanya, hendaklah kita memahami apakah usaha Rasulullah SAW. Faedah yang diperolehi apabila usaha dijalankan ialah orang berusaha bersamasama masyarakat akan memperolehi hidayat. Dan manusia akan menjalankan kehidupan mereka dengan berlandaskan agama berkadaran dengan hidayat yang Allah SWT akan beri. Kita kena faham bahawa hidayat daripada Allah boleh diperolehi mengikut peringkat-peringkat usaha yang dilakukan.
Apabila usaha ini terhenti, hidayat akan mula keluar daripada masyarakat Islam. Hidayat mula sekali keluar daripada perniagaan dan muasyara. Hukum-hukum agama akan ditinggalkan di dalam perniagaan dan cara-cara perniagaan selain daripada cara-cara agama akan berlaku. Kemudian hukum-hukum fardhu akan ditinggalkan. Selepas itu berbagai-bagai keburukan akan masuk ke dalam masyarakat Islam sehingga orang-orang Islam mula keluar daripada agama Islam. Dan apabila usaha agama dilakukan hidayat daripada Allah SWT akan diperolehi. Kemudian hidayat akan tersebar mengikut peringkat-peringkat usaha yang dilakukan.
Pada peringkat pertama, manusia mula mengerjakan sembahyang. Peringkat kedua, manusia dapat mengerjakan puasa, zakat dan haji. Peringkat ketiga, mereka mula mendapatkan dan membelanjakan harta mereka mengikut hukum syariah.
Bila usaha agama meningkat kehadapan, Allah SWT mula memberikan hidayat kepada semua manusia sekadar usaha agama hanya dapat hidup. Hidayat adalah berkadar dengan usaha. Kita selalu mengatakan manusia sudah tidak patuh kepada agama, bahkan mereka telah meninggalkan agama dan menjadi golongan yang menentang agama Islam. Sebabnya ialah usaha ini sudah berhenti. Kini ramai orang telah menjalankan usaha ini dan mengikut tingkattingkat usaha agama, agama mula dapat diamalkan. Allah Taala pun mulai memberi hidayat. Berkadar dengan hidayat, agama pun mulai hidup. Tempat yang dulunya tiada orang yang mengerjakan sembahyang kini manusia sudah mula mendirikan sembahyang. Tempat yang mana tiada orang berpuasa dan menunaikan haji, kini manusia sudah mula mengerjakan puasa dan haji. Di tempat yang mana tiada taklim, kini taklim juga dijalankan. Tetapi hidayat masih belum cukup lagi, oleh itu hukum hakam syariat belum lagi dapat dijalankan di dalam sumber-sumber pendapatan. Tidak juga dari segi makanan, keadaan (bentuk) rumah dan pengeluaran wang dengan cara Rasulullah s.a.w. masih belum dapat diamalkan. Sebagai orang-orang islam kita berhajat agar tingkat usaha dapat dinaikkan supaya kehidupan kita dan orang-orang lain juga akan memperolehi hidayat untuk memahami islam.
Kini usaha agama ini terbahagi kepada dua corak:
Meningkatkan bilangan orang yang menjalankan usaha ini.
Meningkatkan kadar usaha setiap individu.
Kedua-dua corak ini adalah berbeza. Jika beribu-ribu manusia menjalankan usaha ini tetapi secara berdikit-dikit maka hidayat juga akan datang secara berdikit-dikit. Sekiranya orang ramai meningkatkan usaha (penceburan lebih giat) maka dengan izin Allah s.w.t. hidayat bukan sahaja sampai kepada orangorang islam malah orang-orang bukan islam juga akan dapat hidayat.
Hari ini kita hanya melapangkan sedikit daripada masa kita yang mana tidak memberi kesan atau perubahan kepada urusan duniawi kita. Allah s.w.t. telah mengambil pengorbanan daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda r.a. Usaha ini akan meningkat apabila kita dapat memberikan pengorbanan sebagaimana yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Kini ingin saya sampaikan apakah usaha yang telah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda yang mana kita masih terlalu jauh dari peringkat tersebut. Tetapi jika kita menjalankan usaha ini dengan bermatlamatkan usaha Rasulullah s.a.w. maka Allah akan memberi bantuannya kepada kita untuk sampai ke peringkat itu.
Dengan itu setiap orang yang menjalankan usaha ini mestilah melihat pada peringkat usaha yang tertinggi dan meneruskan usaha mereka dengan niat untuk sampai ke peringkat tersebut. Semua orang telah tahu bahawa agama Islam telah tersebar di seluruh tanah Arab dengan usaha yang dilakukan oleh ahli Madinah.
Pada zaman Rasulullah s.a.w. kawasan tanah Arab merupakan jajahan yang besar sungguhpun tidaklah sebesar negara India tetapi ia bukanlah satu daerahyang kecil. Di dunia terdapat berbagai-bagai kaedah untuk memperolehi hasil pendapatan tetapi tiada satu kaedah itu yang terdapat di tanah Arab pada ketika itu. Di seluruh tanah Arab tiada kerajaan dan pejabat-pejabat yang menyediakan peluang pekerjaan untuk mendapatkan rezeki dengan mudah.
Pada zaman itu jemaah haji yang pergi ke Baitullah untuk mengerjakan haji tidak pernah dikenakan apa-apa bayaran bahkan untuk membantu mereka bagi mengerjakan haji, orang-orang Arab mengeluarkan perbelanjaan untuk mereka. Pertanian belum dijalankan dan sistem perniagaan belum wujud kecuali di beberapa kawasan kecil di Mekah Muazimah dan hanya beberapa kawasan sahaja yang ditanami dengan tamar, anggur dan delima.
Hanya beberapa kawasan sahaja yang ada perniagaan kecil-kecilan. Kesimpulannya tanah Arab pada ketika itu adalah dalam kekontangan, kelaparan dan kedahagaan. Tidak semua penduduknya mempunyai pakaian, makanan dan minuman. Dalam keadaan kelaparan mereka telah memakan binatang-binatang liar seperti ular. Sehinggakan darah dijalanan pun dijilat tanpa mengetahui darah apakah itu. Kebanyakan tanah di daerah ini adalah kontang dengan hasil pendapatan dan penuh dengan kelaparan.
Raja-raja kerajaan Parsi dan Rom pun tidak berani untuk menjajah negeri ini kerana untuk membentuk kerajaan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Pada masa itu minyak dan emas belum lagi ditemui di situ. Empayar Qaisar dan Qisra (Empayar Rom dan Parsi) telah meletakkan askaraskar mereka pada sempadan tanah Arab untuk mencegah orang-orang Arab daripada memasuki empayar mereka. Di seluruh tanah Arab belum ada apa-apa kerajaan pun. Tetapi Rasulullah s.a.w. telah menjalankan satu usaha ke atas satu daerah yang mana tiada satu pun kerajaan yang sanggup menjajah, menjalankan urus niaga ataupun mengusahakan pertanian di situ. Semua kabilah kecuali penduduk Madinah Tayebah (yang suci) telah bangun untuk menentang Rasulullah s.a.w.
Penduduk diseluruh tanah Arab terlebih dahulu menanti reaksi penduduk Mekah. Jika penduduk Mekah menerima Islam maka barulah mereka akan menerima Islam. Sehingga akhir hayat Baginda, penduduk Mekah telah menentang Baginda. Dalam keadaan demikian Basti Madinah telah menjadi pusat pergerakan Islam. Mereka yang telah memeluk Islam akan dipanggil untuk datang ke Madinah. Maka Madinah telah menjadi satu pusat perhimpunan orangorang Islam yang berhijrah meninggalkan keluarga dan bangsa mereka. Mereka berhijrah tanpa membawa harta benda. Penduduk Madinah telah menguruskan makan minum mereka. Dengan ini Madinah telah menjadi satu tempat yang mana orang-orang muhajir dan ansar kelihatan sebagai satu masyarakat. Pihak yang telah berhijrah kehilangan pendapatan dan harta kepunyaan sebahagian daripada mereka telah dirampas oleh suku kaum mereka.
Kesimpulannya mereka yang berhijrah telah jatuh miskin. Rasulullah s.a.w. telah mula menjalankan usaha agama bersama-sama dengan orang-orang miskin ini berserta dengan orang-orang Ansar. Mereka yang berhijrah tidak ditegah daripada bekerja untuk mencari nafkah malah orangorang Ansar juga telah berusaha memenuhi keperluan mereka. Pendek kata, sekurang-kurangnya selama 10 tahun ahli Medina telah perlu berusaha membetulkan keadaan ekonomi mereka agar pendapatan tambahan boleh diperolehi dan disamping itu orang-orang Ansar membantu orang-orang Muhajir. Ini perlukan tenaga dan masa yang lebih yang mana tidak patut bagi mereka keluar ke lain tempat dan ini adalah takaza ekonomi pada tersebut. pada tersebut.

No comments:

Post a Comment